Showing posts with label peliknye?. Show all posts
Showing posts with label peliknye?. Show all posts

Friday, November 5, 2010

apakah ini semua?

assalamualaikum :*(

apa nak jadi nie?yaAllah.huhu.copy paste from > akak filza :)

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan... Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)


SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...



sama2la kita doa benda nie tak jadi!AMIN~


you're beautiful just like YOURSELF ♥

Wednesday, October 20, 2010

grrr =.=

assalamualaikum :)

ahaha,kata x online?mama bagi nak buat camne :P sepatutnye arini aku kena injection tuk kali ke-2 tapi cancel lak?lepas exam katanye.huhu~grrr,korang suka tak kawan korang?tiru je pape apa yang korang buat?

Copycat Pictures, Images and Photos

cheh!kuang asam je!lurun buat tu,nak jugak ikot,pelik tuu memang pelik?kekadang,bila time tengah bercakap dengan kwan2 especially kalau dak2 lelaki mesti datang menyelit!(KAU JEALOUS!)tuu tak kisah laa,kekadang cara bercakap pon nak ikut?apa nie?apa nie? budak2 sekarang pelik2 perangainya!yah,yah,yah!padan muka!huh ! ehh,chop!korang periksa bila?lurun esok =.='' oklaa nak study laa,annyong! :)


cbe teka nie sape?sweetblood saya :) rajin kan?memang camtu,dia selalu ajak study sama2 XD

nanti dia datang tembak ko!grrr =..=



you're beautiful just like YOURSELF ♥

Saturday, October 16, 2010

tata korang :*(

assalamualaikum

wei,aku daa pikir masak2 smpai hangus,aku nak,ish,haaa..aku nak tukaa pengganti nama aku la,aku rasa bukan aku yang paling tua kat daerah blog nie,so,sbagai menghormati para2 sakurabloggers,okeyh,aku tuka ke lurun,knape lurun?aku punye pasal la!ish,derhaka!sebab nama aku nurul tapi aku terbalikkan jadi lurun,ehe,aku nie kan weird?bukan weird,tapi suka benda pelik2,that me nie sume permulaan je,(okeyh,start gune nama lurun!)lurun lepas nie,mungkin jarang/tak guna langsung laptop,waaa!benci,tahu x?(sampai habis final exam je!)laptop nie macam daa membayangi lurun..kang tetibe teringat laa,time tengah tgk drama korean on9,ape laa lagi..pelik,macam tengah bercinta!blaa.laa!ahaha(tadi kawan dtg,pastu dia cakap lurun kurus!!aww~jeongmal gumawo chingu yaa~alaa,kembang!)sebelum,nak pergi nie(ish!suka laa tu ,aha,kantoi)nak kongsi apa yang lurun baca tadi,best sangat kalu baca,dapat makan free: PIJUK


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya

best kan?ahaha,eh,jap tahu?lurun daa dpat award nie daa lame tapi tak post lagi kat mana2 entry,mianhae eonnie ainna~


*AWARD*




Terms/Syarat-syarat ;

copy/paste award ni kat blog kamu . .
Inform Ainaa bila dah ambil award ni ,
there's a few taggie to answer . .


1)do u like the owner(weaAinaa)

suka thu!sebab x kedekut ilmu :)

2)what do u think about her blog?

saya akan terliur!

3)what is the colour of your blog design?

green+pink+grey

4)which one u prefer?PINK OR PURPLE?

pink,maybe :P


thanks akak Ainaa~tata korang :*( jangan rindu lurun(rasa pelik!)



you're beautiful just like YOURSELF ♥

Thursday, October 7, 2010

Touching nye lagu nie :*)

Align Centersalam,ohoho,daa lme x update blog,(mksud:entri sendiri,bederet tag!Alhamdulillah~)jom kite dengar lagu ni~jom touching2~bukan touching sentuh2 ye!kang ade yang kne sepak aku nie!siapa faham mungkin pernah merasai keadaan seperti ini..ehehe



best x?best kan?

translation for dialog:

in the begining

guy:Hey, do you think I’m crazy? Did you think I would keep dating you? Don’t be a fool. Let me live with some style. I’m giving you a warning, don’t mess with me. If you do I will kill you!”

in the alley(middle of mv)

girl:let go of me!” Then she says “So your still wearing the clothes I gave you?”

guy:When I say lets stop STOP!”. Jeez your Jacket!"

ni lagu japan,paling minat ahh~naruto,kekeke




best kan?ehehe :P cantik header?ahaha,ksian Kibeom(baju oren) muke ade cat putih laa~sebelum aku suke K-pop nie,aku memang minat j-pop dulu.ni sebabnye,sebelum nie rumah aku mane ade astro,selalu laa tengok cerita2 kartun kat tv3.kan dulu memang musim naruto.lagu2 pon best!ada tulis lirik lagu naruto dalam satu buku.tapi daa hilang!sedih tau?huhucam ne aku boleh minat k-pop?aku minat ni pon,sebab ade jumpe lagu suju parody so,klaka laa..pastu kawan aku ade tanye ''dirah pernah dengar lagu SHINee-ringdingdong?''aku cari ahh kat utube,mule dgr mmg kelaka*sorie,ttbe boleh sangkut!so sejak dari tuu minat sgt2 dengan korean nie,ahaha,kalau aku laa nak minat sesuatu group korean nie,aku tengok lagu dia,pastu tengok maksud,kalau 2-2 cantik!chop!itu aku punye,ahaha XD



you're beautiful just like YOURSELF ♥

Saturday, October 2, 2010

bestnye!


salam,bestnye!thu x KBS daa tukaa channel!time kasih akak eizz sbb bg thu~astro tukaa KBS ke 391,pastu kalu sspe ade beyond!boleh tgk SBS!!!huaaa~korang boleh laa tgk mnet countdown ,hello baby(tuu pon kalu ade season bru)mcm2 ah variety shows!mungkin boleh tgk gak Star king!huaaa!!sy x de astro beyond!tolong spe2 nk support sy!haa!nak buat contents pastu, spe menang dy support sy belikan beyond tu!XD tipu je nk wat contents!ish sje je!wat sbs tuu skali ngan beyond!akak eizz kate mungkin 303 (sblm nie KBS nye) tukaa channel SBS lak!ptot laa,tkan 303 klua 304 pulak!


p/s:bnyak nye jln kire math aku kli nie!x thu laa SBS channel 303/393?cbe laa stu2



you're beautiful just like YOURSELF ♥

Thursday, September 30, 2010

SAYA TAK SUKE ORANG KUAT MERAJUK!

salam,lme aku x update blog nie~(bru sehari je pon!)x de pape nak cerite kat sini,ok uall nmpak kan tjuk aku hri nie ape?korang suke x,kalu kite gurau sikit or pape jelaa,kawan daa merajuk!ceh,igt comel?nak terkeluar taik idong aku!x kan laa x paham,kte kan daa lme bersahabat!ahaha,ayat bombastik.sikit punya hal pon nk merajuk!x ade nye aku nk pujuk~sorie,syg~sebenarnye aku pon kuat merajuk,tp disebabkan aku x suke dgn org yg kuat merajuk,perasaan nk merajuk tuu boleh ditepis!ahahaha XD,yeke?cube laa tnye akak aku :P







kiss mes?visit this blog to know the latest news :) ukiss poland
p/s:jgn mengahadap laptop/komputer lme2 nnti muke berminyak!cayelaa *wink(petua nie)



you're beautiful just like YOURSELF ♥

Saturday, September 18, 2010

sakitnye!

salam,semalam aku pg rye ngan kngkwan lme~ahaha,best sgt!tp x thu knape aku gementar?hahatp seronok2 jugak~skang kaki aku merana!aku g rye bwak bsikal~bwak org lak,hbis lenguh thap aku pon x thu.aku tgh tulis entry ni dlm keadaan terseksa.mngkin jgk sbb daa lame x bwk bsikal,waa!kaki sy sgt skit!!smpai aku nges!huaaa!nk jln susah.dy sakit tang peha,bile nk jln tuu rse cam peha tuu nk mletop!haish =.='' benci laa!



p/s:kalu kat shoutbox/chatbox aku dah x gne nme ''nurulonew'' tp ''nurulhadirah'' berbangga dgn nme sendiri~check this entry --> hot stories! (bnde nie klua bru nk sedaa?huhumngkin x sume~u-kiss aku lyn cam biase,tp biase2 je laa,kang pth hti lg lak?mmg ade gak pth hti ble bce entry nie (especially SHINee nie join skli kan?)tp aku x shocked sgt,sbb akak aku ade jmpe stu gamba nie,plik laa,onew pki rntai segi tiga n ada mte kat tgh2 tuu,pstu tgk plak vid nie,cbe tgk mksud dy?cam plik je? pstu tgk yg nie lg menggerunkan!tgk ye!kalu nk phm ape aku tulis nie!so the conclusion,dont be too addicted but so-so!u get it,huh?nk percye / x?itu realiti!)ahaha,tp skang aku lg lyan u-kiss laa,addicted tu adelaa,hahahapape jelaa aku nie =.=,ckp org je lbih *sigh




sy x gembire ye!kaki ku sakit!

you're beautiful just like YOURSELF ♥

Thursday, August 26, 2010

KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN. TOLONG SEBARKAN JIKA ANDA PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA!!!!!

salam,msti nk thu kan ape pngakuan dia nie kan?jom kte tgk! ^^

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan
mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak
saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor
Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya
terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi
bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal,
makan dan minum
dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.
Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang
paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad.
Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya.
Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina
khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu
tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan,
belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan
macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia .


Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin agong
Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh
Indonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah
dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya
dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam
bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia
,Singapura dan orang Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari,
kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama
1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah
Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah
bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong
Kristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah
bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama
2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan
pemuda-pemuda Negeri Perak.... Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram
dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya
bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya
terus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk
Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak
mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher
hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju
putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya
dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan
belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan
disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang
dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air
hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam,
tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah
Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja
RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling jaya,
Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di
Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji
Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah
yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya
En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana
kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh
Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar
perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya
untukmain-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek -
lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar
RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta
kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana
tersebar di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal,
accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup
2.. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.Beliau
sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga
matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri
Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah
penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke
Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan
bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas
mesyuarat
3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah
masuk Kristian di Melaka.


Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah
dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka
perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor,
Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar
(sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untukmenyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas
padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi
padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah didalam bahasa
Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat

1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padriIndonesia) bapak Bruto yang
menyediakan air ini.. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat
dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah
Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah
dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

*PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA
'Sebarkanlah walausatu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW) 'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu** dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan
Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telahmendapat kemenangan yang besar.'


(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama
untuksuami,isteri,anak-anak,kaum keluarga,saudara- mara,
sahabat-handai dan
generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah 'Allahhu Akbar'......maha suci Allah.


betul atau x?kte amekla iktibar..okeyh? ^^



you're beautiful just like YOURSELF ♥

Wednesday, August 25, 2010

tkotnye!!

salam,huhu..dunia makin pelik?tkot nye!!


Takdir budak disembelih bapa






KOTA BHARU – Luluh hati seorang ibu apabila melihat suaminya yang mengalami masalah mental tergamak menyembelih anak lelaki kesayangan mereka di dalam bilik air walaupun dia merayu berkali-kali supaya si suami tidak meneruskan niatnya dalam satu kejadian menyayat hati di Kampung Sungai Budor di sini semalam.Mohd. Adam Muszhaffar Muhaimin, 3, meninggal dunia selepas lehernya hampir putus disembelih oleh bapanya, MuhaiminSautar, 33, dengan menggunakan sebilah pisau dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu.Selepas menyembelih anaknya yang memakai jersi tertera nama pemain bola sepak Rusia, Andrei Arshavin yang kini mewakili pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris, Arsenal, Muhaimin yang merupakan bekas pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah di sini cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya tetapi tindakan itu gagal apabila dia diselamatkan penduduk.Difahamkan, Muhaimin bertindak demikian selepas dia gagal mengawal diri apabil a dia didakwa telah lama tidak memakan ubat sakit mental.Jiran-jirannya kemudian bertindak menghubungi polis sebelum dia dibawa oleh pasukan keselamatan itu ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.Mangsa merupakan anak lelaki tunggal daripada tiga beradik. Dia mempunyai seorang kakak, Shafiqah, 8, dan seorang adik, Siti Aishah, 2.Isteri Muhaimin, Nik Suzila Nik Hashim, 32, berkata, sebelum kejadian, suaminya mengadu panas badan dan dia kemudian duduk di bawah rumah berhampiran dengan bilik air rumah mereka.Menurutnya, tidak lama kemudian dia mendengar Mohd. Adam menjerit lalu dia bergegas ke bilik air.“Apabila saya sampai, luluh hati saya tatkala melihat suami saya bersungguh-sungguh menyembelih Mohd. Adam. Ketika itu suami berada di atas Mohd. Adam tanpa bersuara walaupun saya memintanya supaya berhenti.“Saya hanya mampu melihat darah membuak-buak mengalir ke lantai sehinggalah Mohd. Adam terkulai kaku dan tidak lagi bernyawa,” ceritanya ketika ditemui semalam.


takot x?seram kan?ni ade lgi aku ni bg kat korang..

sukenye dia?http://www.emocutez.com


PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG - RAZMAN ZAKRI Subject: FW: PADERI MELAYUPLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO OTHER MUSLIMS.. SEKARANG KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN 1900 ORANG PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG. MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR. BERHATI- HATI DENGAN AIR MINERAL JENAMA:- 1. AL -BARAMKAH 2.AL-MANSORI 3. AL-BISTARIA P/S : SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA ATAU DIJUAL MURAH SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN 'HOLY WATER' TOLONG SEBARKAN MESSAGE INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM/SAHABAT/SAHABIAH & DLL. SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM, AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN SEND MESSAGE NIE .. SEMOGA JASA BAIK INI DIRAHMATI OLEH ALLAH S.W.T


takot x?plik laa~mmg btullaa ade org ckp dunia daa akhir zaman..'renung2 kan dan selamat beramal! okeyh?(weee~daa thu nk gune kotak corak2 ^^)


you're beautiful just like YOURSELF ♥