Sunday, March 25, 2012

petunjuk dari Mu kah,wahai Allah?

Aku pergi sekolah lama aku,pastu aku nampak en.H tengah jogging aku pun ikut ahh jogging belakang dia(stalker lah katakan) pastu aku cakap apa tah dengan kawan mimpi aku (aku tak ingat siapa) aku cakap yang aku malu sebab aku ikut en.H je,pastu tetiba en.H pun berhenti,terkejut aku,en.H pusing belakang then en.H pulak kejar aku,tapi sambil en.H kejar aku tuh,en.H ada cakap tau (ayat ini tak 100% sama dalam mimpi aku,sebab aku lupa lah sikit,tapi aku masih ingat apa maksud en.H) ‘’malu ohh aku … (en.H macam ulang balik ayat aku tadi tapi tak ingat T^T) pastu en.H tanya ‘’kenapa lari bila orang yang disayangi dah lama sayang’’ (ayat en.H tak sama lansung tapi cenggini lah maksud en.H,dia macam nak cakap yang sebelum aku sayang dia dah sayang dulu?) ada tak aku cakap bila orang yang aku minat,akan minat aku balik aku akan jadi takut? Sejibik dalam mimpi aku takut dalam keadaan menggeletar (time nih aku dah sampai rumah dah,Alhamdulillah)tapi en.H jumpa aku.. dan aku tak ingat dah apa yang terjadi lepas tuhh,yang aku ingat dia jumpa aku,pastu rasanya macam ada kenduri tau (tak tahulah kenduri apa) aku tak tahu kenapa apakah FAKTOR-FAKTOR yang menyebabkan aku takut bila orang minat aku balik.
Tapi aku pelik~kalau mimpi pasal en.H je mesti dalam keadaan yang mengeluarkan peluh means jogging,serious sebelum nih aku pernah mimpi yang…
Pada suatu hari,tengah aku berjoging tetiba keluar dia (en.H) dia cakap ‘’kenapa tak tunggu? ‘’ haha,aku dah pelik tunggu apa? Rasanya masa tuh aku tengah minat gila kat boyband rasanya,takpun kat Myungsoo(Infinite),mungkin dia marahlah,kenapa menduakan dia :P LOL
Tapi aku tahu aku yang aku tak patut percaya apa yang dalam mimpi aku nih,sebab mimpi mainan syaitan,dan benda ni bukan pasti pun sebab aku takde pulak buat solat istikharah untuk mengetahui siapakah suami aku nanti.somtimes,mimpi ni dia macam terbalik,bila mimpi buruk benda baik akan terjadi,but bila mimpi buruk benda baik akan terjadi (tidaklah semua mimpi cenggini,mana tahu ia memang satu petunjuk)
Uwaaaa,entah-entah apa yang ingin en.H beritahu yang dia sebenarnya benci aku yalah benci lawannya sayang,sedih-sedih,takpelahh.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BILA MIMPI EN.H,DALAM KEADAAN MENGELUARKAN PELUH=JOGGING (pendapat aku jelah)
>En.H ni memang aktif sukan (dalam mimpi ni dia still pakai topi)
>Sebab malam tadi aku ingat nak pergi jogging (tapi tak pergi pun,sadis)
>En.H suruh kuruskan badan baru dia suka aku,LOL
Ni jelah kot,tak nampak lagi yang factor-faktor yang menyebakan and so on… aku tak boleh lupa yang … (sebenarnya malas gila aku nak type)

Once upon a time,time tuh tengah sambutan hari guru,so kitaorang yang pengawas haruslah buat kerja lebih,nak kawal dua sesi,kitaorang takleh duduk dengan pelajar biasa,so tengah2 aku+Mirah berdiri,ada akak pengawas tuh mintak tolong bukak tutup tirai,kitaorang pun ok je lah kan,berpeluh kot aku jaga tirai,dah lost fat berapa kg tah,then tengah aku jaga tirai tuh,En.H tetiba ada kat sebelah aku,dia duduk atas meja sebelah aku,haisshh,sebaik aku tak letak tangan kat atas meja tuh kot,aku perasan dia kat situ pun sebab aku nak letak tangan,Astagfirullah,takut aku,terus aku pandang depan je tanpa menoleh ke situ lagi,dan sampai giliran En.H dan kawan-kawan buat persembahan (Nasyid) aku kat belakang tirai tu apa lagi pandang je lah dia,tahu tak dia pandang aku tapi jeling! Aku dah tak paham,kenapa dia nak jeling aku yang comel tengah berdiri bermandikan peluh kat situ T^T sadis,sebab sebelum ni kawan dia macam usik aku,aku ketawa fake je pon,sebab aku tak paham apa yang kawan dia nak sampaikan,haha (aiyookk dia jeles,takpe jeles maksudnya sayang) yeay! Dia sayang aku~~ ok perasan ye disini.haha,tapi pelik bila Mirah suruh tukar tempat masa en.H kat sebelah aku,nampak sangat dia tuh miang,orang punya crush pun nam amik,sibuk je,haha.
HARUS AKU MENTION KAT SINI YANG EN.H TAHU YANG AKU MINAT KAT DIA SEBAB KAWAN AKU YANG MENGGELETIS PERGI CAKAP KAT DIA,KURANG ASAM BETUL! BUAT MALU JE.LAGIPUN TAHUN NI EN.H DAH TAMAT SEKOLAH.
Assalamualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh~


you're beautiful just like YOURSELF ♥

3 comments:

Kebahagiaan Hidupku said...

haha...mimpi pasal si dia(org yg kita minat), kengkadang tu bleh syok sendiri kan..confus ada...sebab ad sebahgian mimpi yang benar-benar berlaku..haha..x taullah part si dia tu akan berlaku ke tak.

=D dah der pengalaman mimpi sal si dia...tpi, kita tak tau benar atau tidak bukan..

peace...anda form berape ? XP

rul♥rah said...

@Kebahagiaan Hidupku

Kan?Kadang2 boleh je jadi sebab kita terlalu memikirkan pasal dia tu.hehe thanks drop comment kat sini,ingat takde orang baca dah blog ni.berhabuk :D

rul♥rah said...

Oh,lupa nak cakap tahun ni (2013) saya dah 16..